SPA KEDAH

                

  • UTAMA
  • PENGENALAN
    • Perutusan Pengerusi
    • Kata-kata Aluan Setiausaha
    • Peranan & Tanggungjawab
    • Misi, Visi & Objektif
    • Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian (TPO)
    • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
  • ORGANISASI
    • Keanggotaan
    • Direktori Kakitangan
    • Carta Organisasi
    • Pengerusi Terdahulu
    • Setiausaha Terdahulu
  • BERITA
    • Pengumuman
    • Berita Terkini
    • Galeri
  • PANDUAN
    • Syarat Lantikan / Gaji / Deskripsi Tugas
    • Kelayakan
    • Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Etika Pemakaian
  • HUBUNGI KAMI
  • HALAMAN UTAMA
  • PT3/PMR/SRP
  • SYARAT LANTIKAN / GAJI / DESKRIPSI TUGAS
  • PT3/PMR/SRP

Pembantu Operasi Gred N11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
  2. PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
 
  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim
 

Pengawal Keselamatan Gred KP11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,205.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP11: RM1,205.00) atau
  2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan pada Gred KP11: RM1,205.00)
 
  d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  
   
  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).  
     
5. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan di perkara 2(c)(ii) hendaklah mendaftarkan maklumat bekas anggota tentera di dalam Sistem eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “H - Maklumat Tambahan” -> “Bekas Tentera/Polis”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim

Pemandu Kenderaan Gred H11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  2. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  3. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
    1. Lesen D: RM1,264.15
    2. Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
    3. Lesen F/H: RM1,356.45
    4. Lesen G/I: RM1,402.60
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.  
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim

Pembantu Awam Gred H11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
 
  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
 
     
5. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “E - Pengajian Tinggi” -> “Profesional/Ikhtisas/SKM/SVM”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim

Penghantar Notis Gred N11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)
 
       
 3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.  
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim

SYARAT LANTIKAN / GAJI / DESKRIPSI TUGAS

PT3/PMR/SRP
SPM/SVM
Diploma/STP/STPM/STAM/HSC
Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

SPA KEDAH

Hakcipta Terpelihara © 2022 | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
 | Terma & Syarat | spa[at]kedah[dot]gov[dot]my
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Chrome dan Mozilla Firefox Terkini
Tarikh kemaskini :
02.02.2023

107330
Today: 384
This Week: 799
This Month: 11,452
  • UTAMA
  • PENGENALAN
    • Perutusan Pengerusi
    • Kata-kata Aluan Setiausaha
    • Peranan & Tanggungjawab
    • Misi, Visi & Objektif
    • Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian (TPO)
    • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
  • ORGANISASI
    • Keanggotaan
    • Direktori Kakitangan
    • Carta Organisasi
    • Pengerusi Terdahulu
    • Setiausaha Terdahulu
  • BERITA
    • Pengumuman
    • Berita Terkini
    • Galeri
  • PANDUAN
    • Syarat Lantikan / Gaji / Deskripsi Tugas
    • Kelayakan
    • Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Etika Pemakaian
  • HUBUNGI KAMI