Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 04-702 7000 untuk bantuan atau emel kami di espa[at]kedah.gov.my

Bagaimana caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Kedah?
Permohonan jawatan adalah melalui atas talian iaitu Sistem Permohonan Jawatan Kosong (eSPA) – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di alamat :- https://espa.kedah.gov.my


Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?
Penempatan adalah di dalam Negeri Kedah sahaja.


Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah dibuka sepanjang masa?
Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Oleh yang demikian, SPA Negeri Kedah akan mengiklankan kekosongan jawatan pada bila-bila masa di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah, seluruh media sosial rasmi SPA Kedah, laman Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (https://www.facebook.com/kedah.gov.my/) dan juga Twitter Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (@kedahgov) dari semasa ke semasa.

 

Kemaskini maklumat pemohon di eSPA.
Untuk makluman anda, aktiviti di eSPA semasa tempoh iklan jawatan kosong tidak aktif adalah terhad. sila tunggu tempoh iklan jawatan kosong aktif untuk membuat permohonan jawatan dan mengisi / kemaskini maklumat anda. Terima kasih.


Berkenaan urusan lapor diri selepas berjaya dalam temu duga.
Untuk makluman anda, urusan lapor diri adalah dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Hanya pengambilan sahaja dibuat oleh SPA. Anda boleh menghubungi BPSM untuk maklumat lanjut di talian 04 - 702 7000. Terima Kasih.