faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

 

MOHD FITRI BIN DATO' CHE JAMIL
Setiausaha

 

Peranan dan Tanggungjawab

1. Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT(ISP) Sektor Awam dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional

  • Memacu Perancangan Strategik ICT Sektor Awam; dan
  • Mengukuh tadbir urus ICT Sektor Awam.

2. Peneraju dalam Pengukuhan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global

  • Memacu pemakaian (adoption) Enterprise Architecture (EA) dalam Sektor Awam;
  • Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik; dan
  • Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT dalam Sektor Awam.

3. Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam.

  • Memacu hala tuju penjajaran program ICT Sektor Awam.

4. Peneraju Inovasi melalui Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT

  • Mengenal pasti perkhidmatan generasi baru ; dan
  • Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan cross-agency.

 

PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

 

MOHD KHAIRUL AFIQ BIN MOHD TAJUDIN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

 

Peranan dan Tanggungjawab

  • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  • Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  • Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberikan perhatian rapi;
  • Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa;
  • Memastikan semua warga memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di SPA Kedah;
  • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di SPA Kedah;
  • Melaporkan kepada GCERT SPA Kedah mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di SPA Kedah;
  • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di SPA Kedah bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di SPA Kedah;
  • Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT SPA Kedah; dan
  • Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di SPA Kedah.