Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

ETIKA PEMAKAIAN SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

CALON LELAKI

Bagi calon lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan lounge suite berwarna gelap dan bertali leher. 

Pemilihan kasut - mesti memakai kasut bertumit berwarna gelap kulit/PVC setara dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
  
Selain itu,  rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan. 



CALON WANITA

Bagi calon wanita, perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang. 

Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata.

Pastikan anda memakai kasut bertumit berwarna gelap dan bertutup jenis kulit/PVC atau setara.
 
Penggunaan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.