E-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Suruhanjaya untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Kajian Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, E-mel dan media sosial kementerian iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda dan elakkan daripada mengeluarkan bahasa kesat serta menyatakan kemarahan.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang terkeluar daripada topik utama.
  5. Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan atau topik anda tidak menyalahi peraturan COPYRIGHT LAW, TRADEMARK, PATENT dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai atau e-mel sampah (junk e-mail), sama ada secara komersial atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail yang mengandungi virus komputer seperti “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs” dan “cancel boots” atau apa-apa perisian atau program yang boleh merosakkan operasi komputer pengguna lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan dalam apa-apa keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan atau topik yang dibuat dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya memahami bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan dalam ruangan ini ditanggung oleh individu tersebut.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan atau topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan atau topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman atau notis.
  12. Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda tertakluk kepada terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.