Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan “Selamat Datang” ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sekalung tahniah kepada Urusetia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yang menjayakan penerbitan portal rasmi Suruhanjaya dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah (BTMK) yang banyak memberi khidmat nasihat serta bantuan dalam pembangunan aplikasi ICT terutama untuk Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Kedah.

Bermula pada tahun 2020, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dengan bantuan BTMK telah membangunkan Sistem Permohonan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui alamat web espa.kedah.gov.my. Ini bagi memudahkan pemohon-pemohon yang ingin memohon kekosongan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah secara atas talian (Online), sekaligus menyahut seruan Kerajaan Negeri ke arah teknologi tanpa kertas (paperless technology).

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah optimis dengan pembangunan sistem tersebut proses pengambilan, penapisan, lantikan dan pengesahan dalam perjawatan anggota perkhidmatan awam Negeri Kedah (selaras Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1959) akan menjadi lebih efisyen, pantas dan cekap. Akhir kata, saya berharap portal ini dapat memberi maklumat dan informasi yang tepat dan terkini kepada semua.

Sekian, terima kasih.

 

MOHD FITRI BIN DATO' CHE JAMIL



Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman