Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

SRP/PMR/PT3

Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk PT3/PMR/SRP perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

Penilaian Menengah Rendah (PMR) (dilaksanakan mulai 1993)

Calon yang memiliki keputusan PMR seperti berikut adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PMR/SRP iaitu:

Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan

Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (dilaksanakan mulai 2014)

Calon yang memiliki kelayakan PT3 seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR iaitu:

Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;dan

Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

SPM

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Nota :

Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG-KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:

Pembantu Keselamatan Gred KP19
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Pembantu Kesatria Gred S19
Pembantu Penguatkuasa Gred N19
STPM

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :

 Paper Grades  Subject Grades  Paper Grades  Subject Grades  NGMP
 1  A  A  A  4.00
 2  A  A  A-  3.67
 3  B  B  B+  3.33
 4  C  B  B  3.00
 5  D  B  B-  2.67
   D  C  C+  2.33
 6  E  C  C  2.00
 7  R  C  C-  1.67
 8  R  D  D+  1.33
   R  D  D  1.00
 9  F  F  F  0.00

Bagi gred mata pelajaran,
1)gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;
2)gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan
3)gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.

Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.

Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

STAM

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:


PERINGKAT TAKRIF
 Mumtaz  Cemerlang
 Jayyid Jiddan  Sangat Baik
 Jayyid  Baik
 Maqbul  Lulus
 Rasid  Gagal

Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

A.lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
a)dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
b)satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
c)satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
d)dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
e)dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
f)dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
g)tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
h)tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
i)satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
j)satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

ATAU

B. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:


BIDANG MATA PELAJARAN
Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf
  2. Insya’ dan Mutala’ah
  3. Adab dan Nusus
  4. ‘Arudh dan Qafiyah
  5. Balaghah
Syariah 6. Fiqh 
  7. Hadith dan Mustolah 
Usuludin  8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 
  9. Tauhid dan Mantiq 
  10.Tafsir dan Ulumuhu 

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.

SIJIL/MATRIKULASI

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

[Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 – Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam]

Berikut merupakan senarai matrikulasi di bawah KPM:


BIL NAMA KOLEJ BIL NAMA KOLEJ
1. Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
10.  Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
11.  Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
4. Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
13.  Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
5. Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
14.  Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
6. Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
15.  Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
7. Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
16.  Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
8. Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
17.  Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
9. Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
   

Sistem Gred dan Mata Nilaian

Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred. Setiap gred akan diberi mata nilaian. Semua mata pelajaran pengkhususan (kecuali bahasa inggeris) akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

Pengiraan:
Mata = Jam Kredit M/P x Mata Nilaian
PNGS = Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan
PNGK = Jumlah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan

Sistem Gred Keseluruhan

GRED MATA NILAIAN TARAF
A 4.00  Cemerlang 
A-  3.67   
B+  3.33   
3.00  Kepujian 
B-  2.67   
C+  2.33  Lulus 
2.00   
C-  1.67  Gagal 
D+  1.33   
1.00   
0.00   

Sistem Gred berdasarkan Subjek

GRED TARAF
A Cemerlang 
B Kepujian
C Lulus
D
E
Gagal
DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA
Sistem Penilaian

Sistem penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dilaksanakan bagi mewujudkan satu mekanisma untuk menilai pengetahuan siswazah universiti di Malaysia.


PNG (GPA)

PNG ialah Purata Nilai Gred ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Grade Point Average (GPA). PNG merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.

Formula pengiraan: PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit) Jumlah Kredit

PNGK (CGPA)

PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNGK merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir. Pelajar boleh membaiki PNGK dengan meningkatkan gred PNG pada setiap semester.

Formula Pengiraan: PNGK = Jumlah nilai gred keseluruhan semester Jumlah kredit untuk semua kod kursus

Adalah dimaklumkan bahawa kaedah penilaian PNGK bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti. Sehubungan itu, bagi mendapatkan kaedah penilaian yang digunapakai oleh universiti tersebut maka dicadangkan untuk melayari laman sesawang universiti berkenaan bagi semakan lanjut.


Senarai Direktori Universiti Awam:

http://jpt.mohe.gov.my/index.php/ipta/institusi-pendidikan-tinggi-awam/direktori-universiti-awam