Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN (SPA KEDAH)

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

IQDigital adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) Kedah pada tahun 2021. Sistem ini telah digunakan oleh pelbagai jabatan negeri Kedah, antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA Kedah), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), dan banyak lagi.

SPA Kedah mula menggunakan IQDigital pada 23 Mac 2022 bagi peperiksaan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29. Sehingga kini, lebih daripada 20 peperiksaan telah diadakan menggunakan sistem ini.

Format peperiksaan IQDigital yang biasa digunakan oleh SPA Kedah adalah seperti berikut:

  • Jumlah soalan: 50

  • Tempoh masa menjawab: 45 minit

  • Pembahagian soalan:

    • Geografi / Latar Belakang Negeri Kedah - 10 soalan

    • Sejarah Malaysia & Kedah - 10 soalan

    • IQ - 5 soalan

    • Pengetahuan Am - 10 soalan

    • Skim Perkhidmatan - 15 soalan

Calon diingatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dan membaca panduan IQDigital terlebih dahulu sebelum memulakan peperiksaan.