Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN (SPA KEDAH)

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI KUMPULAN PELAKSANA

GRED GAJI GAJI MINIMUM
(RM SEBULAN)
GAJI MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
KADAR KGT*
(RM)
KADAR KGM
(RM)
1 1,500.00 4,680.00 100.00 109.56
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

 

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

      • dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan SPM; atau

      • dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

    • Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

      (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

  2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

      • mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan

      • kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

    • Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk melalui Laman Web EZSkim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.


      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 dan Laman Web EZSkim)

  3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

  4. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

    Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
    Pegawai Bomba
    Gred KB1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
    Pembantu Pertahanan Awam
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya 
    Pembantu Keselamatan
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Penguat Kuasa
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
     
  5. Gred Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

     
  6. Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat SPM/SVM yang ditawarkan melalui Sistem Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (eSPA) sekiranya terdapat iklan jawatan kosong:
BIL NAMA JAWATAN
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1
3. Pembantu Veterinar Gred G1
4. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
6. Pengawas Hutan Gred G1
7. Pembantu Akauntan Gred W1
8. Pembantu Keselamatan Gred KP1
9. Pembantu Laut Gred A1
10. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1
11. Pembantu Perikanan Gred G1
12. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1
13. Juruaudio Visual Gred N1
14. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
15. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
16. Pembantu Pustakawan Gred S1
17. Pembantu Syariah Gred LS1
18. Jurubahasa Gred LA1
19. Juruteknik Komputer Gred FT1
20. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1
21. Pembantu Kemahiran Gred H1
22. Pembantu Keselamatan Gred KP1
23. Pembantu Khidmat Am Gred H1