IQDigital
IQDigital adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) Kedah pada tahun 2021. Sistem ini telah digunakan oleh pelbagai jabatan negeri Kedah, antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA Kedah), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), dan banyak lagi.
SPA Kedah mula menggunakan IQDigital pada 23 Mac 2022 bagi peperiksaan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29. Sehingga kini, lebih daripada 20 peperiksaan telah diadakan menggunakan sistem ini.
Format peperiksaan IQDigital yang biasa digunakan oleh SPA Kedah adalah seperti berikut:
-
Soalan : Objektif
-
Jumlah soalan: 50
-
Tempoh masa menjawab: 45 minit
-
Pembahagian soalan:
-
Geografi / Latar Belakang & Sejarah Negeri Kedah
-
Sejarah dan Perlembagaan Malaysia (Buku Malaysia Negara Kita)
-
IQ
-
Pengetahuan Am
-
Skim Perkhidmatan
-
Calon diingatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dan membaca panduan IQDigital terlebih dahulu sebelum memulakan peperiksaan.
Susunan Dokumen Temuduga
ARAHAN KEPADA SEMUA CALON SEBELUM DITEMUDUGA
SILA SUSUN DOKUMEN/SIJIL ANDA SEPERTI DI BAWAH:
| BIL. | DOKUMEN ASAL (DALAM FOLDER) |
| 1. | RESUME (Dicetak daripada sistem eSPA Kedah) |
| 2. | SURAT PANGGILAN TEMUDUGA |
| 3. | KAD PENGENALAN (Kepunyaan Calon Sahaja) |
| 4. | PERAKUAN BERANAK (Kepunyaan Calon Sahaja) |
| 5. | SIJIL SRP/LCE/PMR/PT3 |
| 6. | SIJIL SPM/MCE/SPMV |
| 7. | SIJIL STPM/HSC/STAM |
| 8. | SIJIL BERHENTI SEKOLAH |
| 9. | SIJIL POLITEKNIK DAN TRANSKRIP |
| 10. | DIPLOMA DAN TRANSKRIP |
| 11. | IJAZAH DAN TRANSKRIP |
| 12. | SARJANA DAN TRANSKRIP |
| 13. | SURAT PENGHARGAAN & LAIN-LAIN |
| 14. | SURAT SOKONGAN KETUA JABATAN (Calon yang sedang berkhidmat) |
| 15. |
RINGKASAN KENYATAAN PERKHIDMATAN (Calon yang sedang berkhidmat) |
| 16. | LNPT (SEMASA) (Calon yang sedang berkhidmat) |
| 17. | SLIP GAJI (Calon yang sedang berkhidmat) |
| 18. | SALINAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN (Calon yang sedang berkhidmat) |








