Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN (SPA KEDAH)

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada YB Dato' Seri/YB Dato' Wira/ YBhg. Dato' / Datuk / Tuan / Puan,

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Maklumat jawatan adalah seperti berikut:

1. Jawatan Ditawarkan

Kontrak Interim/Tetap

    • Penghulu Gred NP5
    • Penolong Pegawai Pertanian Gred G5

Contract of Service: 

    • Juruteknik Komputer Gred FT1
    • Jurufotografi (Video) Gred B1

2. Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut:
🔗 https://spa.kedah.gov.my
atau
🔗 https://espa.kedah.gov.my

3. Taraf Pelantikan Kontrak Interim / Tetap
Calon lantikan baharu: Pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun.
Pegawai sedia ada dalam perkhidmatan Kerajaan: Pelantikan tetap.

4. Taraf Pelantikan Contract of Service
Calon akan dilantik secara Contract of Service, tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa.

5. Tarikh Permohonan
Dibuka: 2 Mac 2026 (Isnin) jam 8.00 pagi
Ditutup: 15 Mac 2026 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman
☎ 04 - 702 7000
📲 WhatsApp: +60 13-538 3903

 

 
 

iklan20261.png