Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN (SPA KEDAH)

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada YB Dato' Seri/YB Dato' Wira/ YBhg. Dato' / Datuk / Tuan / Puan,

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Maklumat jawatan adalah seperti berikut:

1. Jawatan Ditawarkan

Kontrak Interim/Tetap
1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
3. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA5
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
6. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Gred N1
7. Pembantu Veterinar Gred G1

Contract of Service: 
1. Pegawai Undang-Undang Gred L9
2. Pembantu Belia dan Sukan Gred S1

2. Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut:
🔗 https://spa.kedah.gov.my
atau
🔗 https://espa.kedah.gov.my

3. Taraf Pelantikan Kontrak Interim / Tetap
Calon lantikan baharu: Pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun.
Pegawai sedia ada dalam perkhidmatan Kerajaan: Pelantikan tetap.

4. Taraf Pelantikan Contract of Service
Calon akan dilantik secara Contract of Service, tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa.

5. Tarikh Permohonan
Dibuka: 25 Jun 2025 (Rabu) jam 8.00 pagi
Ditutup: 15 Julai 2025 (Selasa) jam 11.59 malam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman
☎ 04 - 702 7000
📲 WhatsApp: +60 13-538 3903

 

 
 

iklan20252.png