Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN (SPA KEDAH)

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

PENGUMUMAN: IKLAN JAWATAN KOSONG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada YB Dato', YBhg. Dato' / Datuk / Tuan / Puan,

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Maklumat jawatan adalah seperti berikut:

1. Jawatan Ditawarkan
1️⃣ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
2️⃣ Pembantu Khidmat Am Gred H1

2. Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut:
🔗 https://spa.kedah.gov.my
atau
🔗 https://espa.kedah.gov.my

3. Taraf Pelantikan

  • Calon lantikan baharu: Pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun.
  • Pegawai sedia ada dalam perkhidmatan Kerajaan: Pelantikan tetap.


4. Tarikh Permohonan
📅 Dibuka: 9 Mac 2025 (Ahad) jam 8.00 pagi
📅 Ditutup: 23 Mac 2025 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman
☎ 04 - 702 7000
📲 WhatsApp: +60 13-538 3903

 

 
 

iklan2024.png