Page 13 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2024
P. 13

Encik Mohd Fitri bin Dato' Che Jamil,
                                                                             BCK.
                            Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
                                                     Negeri Kedah Darul Aman



             Dalam  masa  yang  sama,  Suruhanjaya  komited  untuk
             terus    memperkukuh        integriti   organisasi    melalui
             pematuhan  kepada  prinsip  akauntabiliti,  ketelusan
             serta pelaksanaan amalan tadbir urus terbaik. Usaha ini
             turut     disokong      melalui     pelaksanaan        inisiatif
             pencegahan  rasuah  dan  pengukuhan  mekanisme
             kawalan       dalaman       bagi     memastikan        sistem
             penyampaian  perkhidmatan  awam  kekal  dipercayai
             dan berwibawa.

             Sebagai  Ketua  Editor,  saya  merakamkan  setinggi-
             tinggi    penghargaan         kepada       semua       Ahli
             Suruhanjaya, warga sekretariat serta Sidang Redaksi
             yang  telah  memberikan  komitmen  dan  kerjasama
             padu  dalam  menjayakan  penerbitan  laporan  ini.
             Dedikasi    semua      pihak     dalam     menyediakan
             kandungan        yang      berkualiti     mencerminkan
             profesionalisme dan keutuhan organisasi ini.

             Akhir  kata,  diharapkan  Laporan  Tahunan  ini  dapat
             menjadi  rujukan  yang  komprehensif  serta  landasan
             dalam memperkukuh peranan Suruhanjaya ke arah
             merealisasikan  perkhidmatan  awam  Negeri  Kedah
             yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.
             Sekian, terima kasih






                                                           12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18