Page 12 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2024
P. 12
n
n
k
E
E
a
a
k
s
a
a
s
k
t
t
u
i
f
f
i
e
s
s
e
u
k
k
i
i
Ringkasan Eksekutif
R R
n
g
k
n
g
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Laporan Tahunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bagi tahun 2024 berjaya diterbitkan sebagai
dokumen rasmi yang merakam pencapaian, prestasi serta inisiatif strategik
Suruhanjaya sepanjang tahun.
Sepanjang tahun 2024, Suruhanjaya terus memperkukuh pelaksanaan fungsi
teras meliputi urusan pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat dan kawalan
tatatertib anggota perkhidmatan awam negeri secara telus, berintegriti dan
berlandaskan prinsip meritokrasi. Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan
bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian, termasuk pemantapan
proses kerja, pengurusan data yang lebih sistematik serta pengukuhan tadbir
urus organisasi.
Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri melalui pelan The Greater Kedah serta
Pelan Strategik SPA Kedah yang akan dilancarkan pada tahun 2025, Suruhanjaya
turut memberi penekanan kepada agenda transformasi digital dalam
memperkasa sistem pengurusan perkhidmatan awam. Inisiatif ke arah
pendigitalan menyeluruh, termasuk pembangunan platform pengambilan
secara dalam talian, integrasi pangkalan data serta penggunaan analitik data,
dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehaksesan
perkhidmatan kepada rakyat.
11

