Page 9 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2024
P. 9
YBhg. Dato' Haji Mohamad bin Che Nai,
DSDK., SDK., AMK., BCK.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman
Dalam menghadapi landskap pentadbiran yang
semakin kompleks, Suruhanjaya turut komited
untuk memperkukuh integriti organisasi melalui
amalan tadbir urus terbaik, pematuhan kepada
prinsip akauntabiliti serta sokongan kepada
agenda pencegahan rasuah. Pendigitalan proses
kerja juga akan terus diperkasakan sebagai
mekanisme kawalan dalaman bagi
meminimumkan risiko ketirisan, meningkatkan
ketelusan serta memperkukuh kepercayaan
awam terhadap institusi ini.
Sejajar dengan Pelan Strategik SPA Kedah yang
sedang dibangunkan, Suruhanjaya akan terus
memperluas penggunaan teknologi,
memperkukuh infrastruktur digital serta
membangunkan keupayaan sumber manusia
bagi menyokong aspirasi smart governance dan
sistem penyampaian perkhidmatan awam yang
cekap, telus dan berorientasikan rakyat.
8

