Page 8 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2024
P. 8
Perutusan Pengerusi
P e r u t u s a n P e n g e r u s i
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya, Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bagi
tahun 2024 dapat diterbitkan dengan jayanya sebagai dokumen rasmi yang
merakam pencapaian, prestasi serta hala tuju strategik Suruhanjaya.
Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan Pelan The Greater Kedah,
Suruhanjaya memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan yang
bukan sahaja kompeten, tetapi juga berteraskan nilai profesional, adil,
berdedikasi dan berinovasi. Pendekatan ini penting dalam memastikan penjawat
awam yang dilantik mampu beradaptasi dengan cabaran semasa serta
menyumbang secara efektif kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Seiring dengan agenda transformasi digital negeri, Suruhanjaya sedang
mempergiat usaha ke arah pendigitalan menyeluruh sistem penyampaian
perkhidmatan, termasuk pembangunan dan penambahbaikan platform
pengambilan secara dalam talian, pengurusan data bersepadu serta
penerapan analitik data bagi meningkatkan ketepatan, kecekapan dan
ketelusan proses pemilihan. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan
Negeri dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran serta membangunkan
ekosistem kerajaan digital yang responsif dan berimpak tinggi kepada rakyat.
7

