Page 18 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2024
P. 18
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SPA KEDAH:
P E R A N A N D A N T A N G G U N G J A W A B S P A K E D A H :
KENAIKAN PANGKAT
K E N A I K A N P A N G K A T
Bagi proses kenaikan pangkat Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah,
Suruhanjaya melalui Persidangan Bulanan yang ke-734 bagi bulan Ogos 2022
memutuskan membuat pengemaskinian semula perwakilan kuasa daripada
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah seperti ketetapan berikut:
PEGAWAI
PEGAWAI TADBIR HAL EHWAL ISLAM
Gred: N48 dan ke atas Gred: S41 dan ke atas
PEGAWAI SYARIAH PENGHULU
Gred: LS41 dan ke atas Gred: NP29 dan ke atas
Pertukaran dan penempatan yang melibatkan semua Anggota Perkhidmatan
Awam Negeri Kedah adalah dikekalkan di bawah bidang kuasa Yang
Berhormat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah dan pertukaran yang
melibatkan kenaikan pangkat perlu dimaklumkan kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sebelum tarikh pertukaran tersebut
berkuatkuasa.
17

