Page 12 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2025
P. 12

Mohd Fitri bin Dato' Che Jamil,
                                                                           BCK.

                           Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
                                                   Negeri Kedah Darul Aman

















             Proses  pemilihan  calon  dilaksanakan  secara  sistematik  melalui  saringan  kelayakan,
             penilaian  berasaskan  kompetensi  serta  sesi  temu  duga  sebelum  dipertimbangkan
             dalam  persidangan  Suruhanjaya  bagi  memastikan  pelantikan  dibuat  secara  merit
             dan memenuhi keperluan jabatan.

             Selaras  dengan  agenda  pendigitalan  sektor  awam,  SPA  Kedah  turut  memperkukuh
             pelaksanaan sistem pengurusan pengambilan melalui penggunaan platform digital
             termasuk sistem eSPA serta pengoptimuman saluran media rasmi bagi memperluas
             capaian  maklumat  kepada  masyarakat.  Inisiatif  ini  sejajar  dengan  teras  strategik
             yang menekankan pemerkasaan urusan pelantikan melalui transformasi pendigitalan
             serta  penambahbaikan  penyampaian  perkhidmatan  kepada  pelanggan  dan  pihak
             berkepentingan.

             Secara keseluruhannya, pencapaian sepanjang tahun 2025 mencerminkan komitmen
             berterusan  SPA  Kedah  dalam  memperkukuh  sistem  pengurusan  pengambilan  serta
             meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam negeri. Berteraskan
             nilai  Profesional,  Adil,  Dedikasi  dan  Inovasi  (PADI),  Suruhanjaya  akan  terus
             memperkasakan  pelaksanaan  inisiatif  strategik  bagi  memastikan  pembangunan
             modal  insan  sektor  awam  Negeri  Kedah  dilaksanakan  secara  mampan,  berintegriti
             dan selari dengan aspirasi pembangunan negeri.


                                                           10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17