Page 16 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2025
P. 16
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SPA KEDAH
P E R A N A N D A N T A N G G U N G J A W A B S P A K E D A H
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan
oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959
di bawah “State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah
mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah
pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959.
Menurut Enakmen tersebut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
adalah bertanggungjawab dalam urusan-urusan seperti berikut :-
Fungsi Suruhanjaya
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1959 Enakmen 8. (1)
menyatakan:
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik,
mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen,
menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
orang dalam perkhidmatan awam Negeri itu.
PELANTIKAN PENGESAHAN PELANJUTAN PEMBERIAN PERTUKARAN KENAIKAN TINDAKAN
DALAM TEMPOH TARAF PANGKAT TATATERTIB
PERKHIDMATAN PERCUBAAN BERPENCEN
14

