Page 7 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2025
P. 7

PERUTUSAN PENGERUSI


















             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,


             Alhamdulillah,  segala  puji  dan  syukur  kita  panjatkan  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana
             dengan izin-Nya, Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri
             Kedah  bagi  tahun  2025  dapat  disediakan  dengan  sempurna.  Pada  tahun  ini,  kita
             terus  bertekad  memperkukuh  usaha  untuk  memastikan  sistem  pengambilan
             anggota  perkhidmatan  awam  negeri  dijalankan  dengan  lebih  telus,  cekap  dan
             berkesan.

             Tahun  2025  menyaksikan  SPA  Kedah  terus  berinovasi  dalam  memastikan  proses
             pemilihan  serta  pengambilan  dilakukan  dengan  menggunakan  teknologi  terkini
             bagi  meningkatkan  kecekapan  dan  keberkesanan.  Sebagai  sebahagian  daripada
             usaha  untuk  mempertingkatkan  integriti  dalam  perkhidmatan  awam,  kami  juga
             memberi  fokus  kepada  penyediaan  latihan  dan  pembangunan  modal  insan  yang
             tidak  hanya  kompeten  dalam  bidang  tugas,  tetapi  juga  berintegriti,  mempunyai
             etika kerja yang tinggi dan mampu beradaptasi dengan perubahan semasa.













                                                            5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12