Piagam Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman

PIAGAM PELANGGAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan (SPK)
Unit Pentadbiran (UPT)Tempoh Masa
1.Aduan awam diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja
dari tarikh aduan diterima.
14 hari
Unit Kewangan (UK)
2.Pembayaran perolehan diselesaikan dalam tempoh
14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang telah lengkap
dan sempurna diterima.
14 hari
Seksyen Perkhidmatan, Pengambilan dan Tatatertib (SPPT)
Unit Pengambilan (UPG)
3.Proses pengambilan diselesaikan dalam tempoh
6 bulan dari tarikh iklan ditutup.
6 bulan
4.Keputusan penilaian/ujian dikeluarkan dalam tempoh
2 bulan dari tarikh penilaian diadakan.
(IK Digital/UKK/Ujian Memandu)
2 bulan
5.Surat Tawaran dikeluarkan dalam tempoh
14 hari bekerja selepas tarikh akhir temu duga.
14 hari
6.Surat Pelantikan dikeluarkan dalam tempoh
30 hari bekerja selepas tarikh akhir dokumen tawaran
dilengkapkan.
30 hari
Unit Perkhidmatan (UPK)
7.Kelulusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
kertas pertimbangan disahkan.
14 hari
8.Kelulusan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
kertas pertimbangan disahkan.
14 hari
9.Kelulusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
kertas pertimbangan disahkan.
14 hari
Unit Tatatertib (UTT)
10.Pemakluman keputusan rayuan tatatertib dikeluarkan
dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh
Lembaga Rayuan Tatatertib Bersidang.
14 hari