SPM / SVM

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI KUMPULAN PELAKSANA

GRED GAJIGAJI MINIMUM
(RM SEBULAN)
GAJI MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
KADAR KGT*
(RM)
KADAR KGM
(RM)
11,500.004,680.00100.00109.56
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

      • dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan SPM; atau

      • dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

    • Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

      (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

      • mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan

      • kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

    • Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk melalui pautan di bawah

      Sijil Vokasional Malaysia

      Dikemas kini pada 1 Disember 2024

  3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  4. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

    Jawatan dan GredPangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
    Pegawai Bomba
    Gred KB1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
    Pembantu Pertahanan Awam
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Keselamatan
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Penguat Kuasa
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya

    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  5. Gred Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut: