Page 11 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2021
P. 11
21 LAPORAN TAHUNAN
20
KATA-KATA ALUAN KALI KE 61
SETIAUSAHA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
telah berjaya membentangkan Laporan Tahunan 2021 sepertimana yang telah
ditetapkan di dalam perkara 10, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Tahun 1959.
Suruhanjaya telah melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa
Melantik di dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan,
pemberian taraf berpencen, pelanjutan tempoh percubaan, kenaikan pangkat,
rayuan-rayuan tatatertib dan lain-lain urusan yang melibatkan Pegawai Awam
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.
Akhir kata, saya merakamkanucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak dan warga kerja Suruhanjaya yang terlibat di dalam
menjayakan penerbitan Laporan Tahunan 2021 Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Kedah Kali Ke-61.
Besarlah harapan saya agar Laporan Tahunan 2021 dapat menyalurkan
maklumat dan informasi yang bermanfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
MOHD TARMIZI BIN SAAD
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman
11