Page 15 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2021
P. 15
21 LAPORAN TAHUNAN
20
PERANAN DAN KALI KE 61
TANGGUNGJAWAB
Suruhanjaya PerkhidmatanAwam, Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan oleh Majlis Undangan Negeri Kedah
(Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959 di bawah “State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959.
Menurut Enakmen tersebut Suruhanjaya PerkhidmatanAwam Negeri Kedah adalah bertanggungjawab dalam
urusan-urusan seperti berikut :-
•Pelantikan
• Pengesahan Dalam Perkhidmatan
• Perlanjutan Tempoh Percubaan
• Pemberian Tara Berpencen
• Kenaikan Pangkat
• Pertukaran
• Kenaikan Pangkat
• Tindakan Tatatertib
Bagi proses kenaikan pangkat semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Suruhanjaya telah menurunkan
kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah KECUALI jawatan seperti jadual di bawah :
JAWATAN GRED
Pegawai Tadbir Neger Kedah N54 dan ke atas
Pegawai Hal Ehwal Islam S48 dan ke atas
Pegawai Syariah LS48 dan ke atas
Penghulu NP29 dan ke atas
Bagiurusan pertukaran serta penempatan yang melibatkan semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
adalah kekal di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan pertukaran yang melibatkan kenaikan
pangkat perlu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sebelum tarikh pertukaran
tersebut berkuatkuasa.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH
Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 38 Bil. 22 bertarikh 26 Oktober 1995 K.P.U 15 berkuat kuasa mulai
15 Disember 1993 dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959, Peraturan-peraturan
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 40 Bil 19 bertarikh 11 September
1997 K.P.U 15 yang berkua tkuasa mulai 11 September 1997. Walau bagaimanapun kuasa untuk membuang kerja
dan menurunkan pangkat pegawai di dalam semua Kumpulan termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman kekal terus di
bawah Suruhanjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman juga berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan
Pangkat bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Negeri Kedah Darul Aman. Begitu juga urusan tatatertib,
Suruhanjaya berperanan sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib.
15