Page 7 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2021
P. 7
21 LAPORAN TAHUNAN
20
PERUTUSAN KALI KE 61
PENGERUSI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah berkesempatan sekali lagi melaporkan
aktiviti-aktiviti dan pencapaian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
di dalam LaporanTahunan 2021 sepertimana yang telah ditetapkan di dalam
perkara 10, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959 iaitu:
“The Commision shall make an annual report upon its activities ti Ruler and copy
of this report shall be laid before the Legislative Assembly”.
“Patik mempersembahkan ucapan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum
Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman di atas limpah perkenan dan
kepercayaan melantik patik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Kedah bermula 01 Jun 2021. Patik dan Anggota-Anggota
Suruhanjaya sentiasa menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagaimana
yang telah diperuntukan di dalam Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Tahun 1959.”
Suruhanjaya mengalu-alukan calon-calon yang serba boleh (multi tasking)
dalam memacu objektif Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bagi memenuhi
kehendak pemegang taruh (stakeholder) kerana ‘pekerja’ yang memiliki
Kecederasan Emosi (Emotional Quotion) menjadi idaman setiap majikan
berbanding pekerja yang memiliki Kecederasan Inteligen.
Akhir kata, Suruhanjaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, YB Setiausaha
Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Penasihat Undang-Undang
DATO’ MOHAMAD BIN CHE NAI,
Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan semua
DSDK., SDK., AMK., BCK.
Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang sentiasa memberi bantuan dan
Pengerusi
sokongan kepada Suruhanjaya di dalam melaksanakan tanggungjawab yang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
telah diamanahkan.
Negeri Kedah Darul Aman
Sekian, terima kasih.
7