Page 12 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2020
P. 12
Kata-Kata Aluan Setiausaha
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana telah berjaya
membentangkan Laporan Tahunan 2020 sepertimana yang telah ditetapkan di dalam perkara
10, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959.
Walaupun seluruh negara berada dalam suasana pandemik Covid-19, Suruhanjaya masih
berkesempatan melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Melantik di
dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen,
pelanjutan tempoh percubaan, kenaikan pangkat, rayuan-rayuan tatatertib dan lain-lain urusan
yang melibatkan Pegawai Awam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Terima kasih kepada
Majlis Keselamatan Negara kerana ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah memberi
peluang Suruhanjaya melaksanakan aktiviti-akativiti dan program-program yang dijadualkan
sepanjang tahun 2020.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak dan warga kerja Suruhanjaya yang terlibat di dalam menjayakan penerbitan
Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Semoga usaha ini
diberkati dan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sekian, terimakasih.
MOHD TARMIZI BIN SAAD
Setiausaha
Suruhanjaya PerkhidmatanAwam
Negeri Kedah Darul Aman
12