Page 15 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2020
P. 15

PERANAN DAN
                                                                              TANGGUNGJAWAB


              Suruhanjaya Perkhidmatan  Awam Negeri Kedah Darul  Aman telah diwujudkan oleh Majlis Undangan
              Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959 di bawah “State Public Service Commission
              Enactment 1959” atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut
              telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959
              dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959. Menurut Enakmen tersebut Suruhanjaya Perkhidmatan
              Awam Negeri Kedah adalah bertanggungjawab dalam urusan-urusan seperti berikut :-

              • Pelantikan
              • Pengesahan Dalam Perkhidmatan
              • Perlanjutan Tempoh Percubaan
              • Pemberian Taraf Berpencen
              • Kenaikan Pangkat
              • Pertukaran
              • Kenaikan Pangkat
              • Tindakan Tatatertib

              Bagi proses kenaikan pangkat semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Suruhanjaya telah
              menurunkan kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah KECUALI jawatan seperti jadual di bawah :


                                JAWATAN                                        GRED
               Pegawai Tadbir Negeri Kedah                                 N54 dan ke atas
               Pegawai Hal Ehwal Islam                                     S48 dan ke atas
               Pegawai Syariah                                            LS48 dan ke atas
               Penghulu                                                   NP29 dan ke atas

              Bagi urusan pertukaran serta penempatan yang melibatkan semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri
              Kedah  adalah  kekal di bawah  bidang  kuasa  Setiausaha  Kerajaan  Negeri Kedah  dan  pertukaran  yang
              melibatkan kenaikan pangkat perlu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
              sebelum tarikh pertukaran tersebut berkuatkuasa.

              Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
              Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 38 Bil. 22 bertarikh 26 Oktober 1995 K.P.U 15 berkuatkuasa
              mulai 15 Disember 1993 dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959, Peraturan-
 Muzium Padi  peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 40 Bil 19 bertarikh
              11 September 1997 K.P.U 15 yang berkuatkuasa mulai 11 September 1997.  Walau bagaimanapun kuasa
              untuk membuang kerja dan menurunkan pangkat pegawai di dalam semua Kumpulan termasuk Kumpulan
              Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri
              Kedah Darul Aman kekal terus di bawah Suruhanjaya.

              Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman juga berfungsi sebagai Lembaga Rayuan
              Kenaikan Pangkat bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Negeri Kedah Darul Aman.  Begitu juga urusan
              tatatertib, Suruhanjaya berperanan sebagai Lembaga RayuanTatatertib.


                                                                                                     15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20