Page 8 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2020
P. 8

Perutusan Pengerusi




               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,


               Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan  izinNya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
               Negeri  Kedah  berkesempatan  sekali  lagi  melaporkan  aktivit-aktiviti dan  pencapaian  Suruhanjaya
               Perkhidmatan  Awam Negeri Kedah di dalam Laporan  Tahunan 2020 sepertimana yang telah
               ditetapkan di dalam perkara 10, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959 iaitu:

               “The Commision shall make an annual report upon its activities ti Ruler and copy of this report shall be
               laid before the Legislative Assembly”.


               Patik mempersembahkan ucapan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha
               Mulia Al Aminul Karim Sultan SallehuddinIbni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul
               Aman di atas limpah  perkenan dan kepercayaan  kepada  patik dan semua Anggota  Suruhanjaya
               untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperuntukan di dalam
               Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959.


               Suruhanjaya  sentiasa  memberi  keutamaan  di  dalam  melantik  calon-calon  yang  terbaik  di dalam
               Perkhidmatan Awam Negeri  Kedah. Walaupun  seluruh  negara  berada  dalam  suasana  pandemik
               Covid-19,  Suruhanjaya  berusaha  melaksanakan  aktiviti dan  program  yang  dijadualkan   bagi
               memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam kekal berfungsi di tahap yang memuaskan
               dan cekap.

               Akhir kata, Suruhanjaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
               YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan
               Negeri, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
               dan semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan
               kepada Suruhanjaya di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamahkan.

               Sekian, terima kasih.

               DATO’ PADUKA HAJI BAKAR BIN DIN,
               DHMS., DSDK., PJN., AMK., BCK., BPL.
               Pengerusi
               Suruhanjaya PerkhidmatanAwam
               Negeri Kedah Darul Aman




                8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13