Misi , Visi & Objektif

Nilai Bersama

Profesional

Merujuk kepada seseorang atau tindakan yang mempamerkan kemahiran, kepakaran dan sikap yang sesuai dengan standard tertentu dalam bidang pekerjaan atau tugas tertentu. Ia juga merangkumi etika kerja yang tinggi serta kebolehan untuk berfungsi secara cekap dan berintegriti.

Adil

Bermaksud memberikan layanan atau keputusan secara saksama dan tanpa berat sebelah berdasarkan prinsip keadilan. Ia melibatkan penghormatan terhadap hak dan kepentingan semua pihak dengan mengambil kira keperluan serta situasi mereka.

Dedikasi

Merujuk kepada komitmen tinggi dan usaha berterusan oleh individu atau organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab secara cemerlang berlandaskan integriti, disiplin dan semangat juang bagi memastikan visi dan misi tercapai.

Inovasi

Merujuk kepada proses memperkenalkan idea baharu, pendekatan kreatif atau penyelesaian yang lebih efektif dalam sistem, proses atau perkhidmatan bagi meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan mutu penyampaian perkhidmatan.

Misi, Visi dan Objektif

Objektif

Melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya dengan telus, amanah dan profesional.

Misi

Menawarkan sumber manusia yang kompeten dan berkualiti kepada Negeri Kedah bagi urusan pengambilan serta perkhidmatan menerusi transformasi digital.

Visi

Peneraju utama pengambilan penjawat awam Negeri Kedah menjelang 2030.