Page 7 - Buku_Pelan_antirasuah_SPAKedah
P. 7

PERUTUSAN SETIAUSAHA







             Salam sejahtera,
             Pertama       sekali,     marilah      kita     memanjatkan
             kesyukuran  ke  hadrat  Allah  SWT  atas  limpah  rahmat
             dan  hidayah-Nya,  kita  dapat  terus  melaksanakan
             tugas  dan  tanggungjawab  kita  dengan  penuh
             amanah dan integriti.
             Saya  dengan  penuh  rasa  tanggungjawab  dan
             keazaman        ingin     mengucapkan          setinggi-tinggi
             penghargaan  kepada  semua  pihak  yang  telah
             memberikan komitmen dalam membangunkan Pelan
             Antirasuah  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  Negeri
             Kedah (SPARK) 2025-2029.
             SPARK  2025-2029  adalah  salah  satu  langkah  penting  dalam  usaha  untuk
             memastikan  Perkhidmatan  Awam  Negeri  Kedah  terus  cemerlang  dan  bebas
             daripada  sebarang  unsur  rasuah.  Pelan  ini  adalah  manifestasi  komitmen
             Suruhanjaya  untuk  membudayakan  integriti  dan  akauntabiliti  dalam  setiap
             aspek perkhidmatan awam di negeri ini.
             Sebagai  ketua  jabatan,  saya  menyeru  agar  semua  warga  kerja  SPA  Kedah
             berpegang  teguh  kepada  nilai-nilai  integriti,  amanah,  dan  profesionalisme,
             selaras  Strategi  Pembanterasan  Rasuah  Nasional  (NACS)  2024-2028  dibawah
             Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam, Substrategi 7: Meningkatkan Sistem
             Saringan dalam Pengambilan Kerja Penjawat Awam.
             Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menjayakan pelan ini demi
             memastikan SPA Kedah terus disegani dan dipercayai oleh rakyat. Saya yakin
             dengan  sokongan  dan  kerjasama  semua  pihak,  kita  mampu  mencapai
             aspirasi  SPARK  2025-2029  dan  seterusnya  mewujudkan  perkhidmatan  awam
             Negeri Kedah yang berintegriti tinggi serta bebas daripada rasuah.

             Sekian, terima kasih.
             Mohd Fitri Bin Dato' Che Jamil, BCK.
             Setiausaha,
             Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
             Negeri Kedah Darul Aman

























                                                                                                              6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12