Page 5 - Buku_Pelan_antirasuah_SPAKedah
P. 5

PERUTUSAN PENGERUSI






                                      Salam Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua.
                                      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas izin
                                      dan      kurniaNya,       Pelan      Antirasuah        Suruhanjaya
                                      Perkhidmatan  Awam  Negeri  Kedah  (SPARK)  2025-2029
                                      berjaya  disiapkan  walaupun  dengan  pelbagai  cabaran
                                      dan  kekangan  yang  ditempuhi.  Syabas  dan  tahniah
                                      diucapkan  kepada  Jawatankuasa  Pembangunan  SPARK
                                      2025-2029.
                                      Sebagai  institusi  yang  diamanahkan  untuk  memastikan
                                      integriti  dan  kredibiliti  dalam  pengambilan  sumber
                                      manusia Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Suruhanjaya
                                      Perkhidmatan  Awam  Negeri  Kedah  perlu  menjadi  model
                                      kecemerlangan  dalam  pentadbiran  yang  berteraskan
                                      prinsip  keadilan,  ketelusan,  dan  akauntabiliti.  Oleh  itu,
                                      pelaksanaan  SPARK  2025-2029  ialah  salah  satu  langkah
                                      strategik  yang  bertujuan  memperkukuhkan  integriti
                                      organisasikecekapan sistem penyampaian perkhidmatan,
             organisasi, dan memantapkan
             menolak amalan rasuah, salah guna kuasa, atau penyelewengan.
             Pelan  ini  disusun  dengan  mengambil  kira  aspirasi  rakyat  Kedah  serta  Pelan
             Antirasuah  Kedah  (PARK)  2022-2026,  yang  memfokuskan  pengukuhan  tadbir
             urus integriti dan anti rasuah, dalam kalangan warga kerja.

             Saya  percaya,  untuk  memastikan  keberkesanan  SPARK  2025-2029  ini,  setiap
             Anggota  dan  kakitangan  SPA  Kedah  harus  memainkan  peranan  masing-
             masing  dengan  penuh  integriti.  Kejayaan  pelan  ini  memerlukan  penyertaan
             aktif  semua  pihak,  termasuk  masyarakat,  untuk  memastikan  SPA  Kedah  terus
             menjadi institusi yang dipercayai dan dihormati.
             Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengukuhkan tekad untuk memerangi
             rasuah     demi     memartabatkan          maruah      Negeri     Kedah     dan     membina
             perkhidmatan  awam  yang  lebih  cemerlang.  Semoga  usaha  kita  ini  diberkati
             oleh  Allah  SWT  dan  membawa  manfaat  yang  berpanjangan  kepada  rakyat
             dan Negeri Kedah tercinta.

             Sekian, terima kasih
              YBhg. Dato' Haji Mohamad bin Haji Che Nai
             DSDK., SDK., AMK., BCK.
             Pengerusi,
             Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
             Negeri Kedah Darul Aman



















                                                                                                             4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10