Page 26 - Buku_Pelan_antirasuah_SPAKedah
P. 26

C A B A R A N   D A N   P O T E N S I

                                                     R I S I K O


                  Cabaran dan potensi risiko yang dihadapi oleh SPA Kedah dalam bidang
                  pengambilan,  perkhidmatan  dan  tadbir  urus  merangkumi  perkara-
                  perkara seperti berikut:


                   1. MEMANIPULASI MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN
                   Permintaan dan penawaran rasuah, kebocoran maklumat, pindaan jadual temu duga dan pindaan
                   keputusan yang melibatkan antara urus setia, panel, calon dan penguji.


                   2. KEBOCORAN INSTRUMEN PENILAIAN


                    Pegawai membocorkan soalan peperiksaan dan meminda keputusan peperiksaan calon.


                   3. PANEL TEMU DUGA JEMPUTAN TERLIBAT RASUAH, SALAH LAKU
                   DAN TIDAK KOMPETEN

                    Berlakunya penawaran dan permintaan rasuah di antara panel, penguji dan calon dengan
                    mendedahkan maklumat urusan temu duga, bersubahat dengan mana-mana pihak, menemu duga
                    keluarga terdekat dan menerima hadiah daripada calon.



                   4. MEMANIPULASI MAKLUMAT URUSAN PERKHIDMATAN
                    Membocorkan dan meminda maklumat urusan perkhidmatan seperti naik pangkat, tatatertib,
                    pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, urusan pertukaran, pembatalan tawaran

                    pelantikan dan penamatan perkhidmatan.


                   5. KETIDAKTELUSAN DALAM URUSAN KEWANGAN DAN
                   PEROLEHAN

                    Pegawai membocorkan maklumat tender dan sebut harga, pemalsuan dokumen perolehan dan
                    tuntutan palsu.


                   6. PELANGGARAN INTEGRITI, SALAH LAKU DAN RASUAH
                    Pegawai terlibat dengan isu rasuah, jenayah, kehadiran, tuntutan palsu, pekerjaan luar tanpa
                    kebenaran dan keberhutangan yang serius.


                   7. KETIDAKPATUHAN SISTEM DAN PROSEDUR SERTA KURANG

                   KOMPETEN
                    Pegawai tidak mematuhi sistem dan prosedur dalam urusan pengambilan, perkhidmatan dan
                    pentadbiran yang boleh menjejaskan imej SPA Kedah.







                                                                                                            25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31