Page 7 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2023
P. 7
MOHD FITRI BIN DATO' CHE JAMIL,
BCK.
SETIAUSAHA SPA KEDAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Laporan Tahunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bagi tahun 2023 berjaya disediakan sebagai dokumen
rasmi pencapaian dan rujukan.
Sepanjang tahun ini, sekretariat SPA Kedah telah melaksanakan pelbagai program dan
proses pengambilan bagi memenuhi keperluan jabatan-jabatan negeri. Kami sentiasa
berusaha memastikan setiap proses pengambilan berjalan dengan telus, adil dan
berlandaskan prinsip meritokrasi.
Penambahbaikan turut dilaksanakan dalam sistem pengurusan dalaman, termasuk
digitalisasi proses dan pengurusan data calon. Ini selari dengan matlamat untuk
meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi pengalaman yang lebih baik
kepada orang awam.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan
kerjasama dalam menjayakan segala inisiatif SPA Kedah sepanjang tahun 2023,
terutamanya kepada Dato’ Pengerusi dan Anggota Dato’-dato’ Suruhanjaya yang
sentiasa memberi tunjuk arah dan sokongan yang berterusan.
Semoga usaha berterusan ini menjadi landasan kukuh untuk memperkasakan
perkhidmatan awam negeri Kedah secara menyeluruh.
Sekian, terima kasih.
5

