Page 12 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2023
P. 12
Peranan & Tanggungjawab SPA Kedah
Pertukaran dan penempatan yang melibatkan semua Anggota Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah adalah dikekalkan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat
Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah dan pertukaran yang melibatkan kenaikan
pangkat perlu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Kedah sebelum tarikh pertukaran tersebut berkuatkuasa.
Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 38
Bil. 22 bertarikh 26 Oktober 1995 K.P.U 15 berkuat kuasa mulai 15 Disember 1993
dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959, Peraturan-
Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman
1993 Jld. 40 Bil. 19 bertarikh 11 September 1997 K.P.U 15 yang berkuatkuasa mulai
11 September 1997.
10

