Page 7 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2022
P. 7

LAPORAN TAHUNAN
        2022
       |RINGKASAN EKSEKUTIF



         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

         Syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  izin-Nya,  laporan
         tahunan ini dapat disiapkan bagi mendokumenkan segala aktiviti,
         pencapaian      serta     perkembangan       penting     Suruhanjaya
         Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sepanjang tahun 2022.

         Tahun  ini  menyaksikan  pelbagai  usaha  penambahbaikan  dalam
         sistem  pengurusan  perkhidmatan  awam,  khususnya  dalam
         memastikan  proses  pentadbiran  berjalan  dengan  lebih  tersusun
         dan  berintegriti.  Suruhanjaya  terus  berperanan  penting  sebagai
         entiti  yang  bertanggungjawab  terhadap  urusan  perjawatan  serta
         hal-hal berkaitan pegawai awam di peringkat negeri.
         Penyediaan  laporan  ini  bukan  sahaja  memenuhi  keperluan
         perundangan,  tetapi  juga  menjadi  satu  bentuk  ketelusan  dan
         rujukan  yang  berguna  kepada  semua  pihak  yang  terlibat  dalam
         pentadbiran awam. Ia turut menjadi medan untuk menilai prestasi
         serta  mencerminkan  komitmen  berterusan  dalam  memperkukuh
         institusi perkhidmatan awam di Negeri Kedah.
         Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Suruhanjaya atas komitmen,
         dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan laporan ini. Sokongan dan kerjasama
         daripada pelbagai jabatan serta agensi juga amat kami hargai.
         Semoga laporan ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi rujukan berguna untuk
         penambahbaikan di masa akan datang.

         Sekian, terima kasih.


         MOHD TARMIZI BIN SAAD,
         BCK.
         Setiausaha
         Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
         Negeri Kedah Darul Aman

                                                            6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12