Page 12 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2022
P. 12
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
|PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SPA KEDAH
Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Kedah Darul
Aman 1993 Jld. 38 Bil. 22 bertarikh 26 Oktober 1995 K.P.U 15 berkuat
kuasa mulai 15 Disember 1993 dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Tahun 1959, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman 1993 Jld. 40 Bil 19
bertarikh 11 September 1997 K.P.U 15 yang berkuatkuasa mulai 11
September 1997.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman berfungsi
sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan bagi Pegawai-pegawai
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Begitu juga urusan
tatatertib, Suruhanjaya berperanan sebagai Lembaga Rayuan
Tatatertib.
11

