Page 17 - Buku_Pelan_antirasuah_SPAKedah
P. 17

F U N G S I   D A N   P E R A N A N



                           Fungsi SPA di bawah Perkara 144(1), Perlembagaan
                        Persekutuan dan Perkara 8(1) Enakmen SPA Negeri 1959
                                 adalah meliputi perkara- perkara berikut:



                     1     Melantik
                            Mengurus pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap,
                            sementara,  kontrak,  dan  pinjaman.  Suruhanjaya  berkuasa
                            menamatkan  perkhidmatan  anggota  Perkhidmatan  Awam
                            mengikut syarat-syarat pelantikan.

                     2     Mengesahkan Dalam Perkhidmatan                              Awam         dalam
                            Mengesahkan
                                                  anggota
                                                                 Perkhidmatan
                            perkhidmatan,  melanjutkan  tempoh  percubaan,  mengembalikan
                            kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan
                            kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

                    3      Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
                            Menguruskan  pemberian  taraf  berpencen  kepada  anggota
                            perkhidmatan  yang  telah  disahkan  dalam  perkhidmatan  dan
                            telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh
                            diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak
                            kurang daripada 3 tahun.


                    4      Menaikkan Pangkat
                            Berfungsi  sebagai  pihak  yang  berkuasa  untuk  melaksanakan
                            fungsi  Lembaga  Kenaikan  Pangkat  bagi  kenaikan  pangkat
                            pegawai-pegawai.  Selain  itu  Suruhanjaya  juga  turut  berfungsi
                            sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
                            sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan
                            Lembaga        Kenaikan      Pangkat       Perkhidmatan        Awam       yang
                            berkenaan.


                    5      Menukar
                            Menukar pelantikan bagi anggota Perkhidmatan Awam dari satu
                            skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, atau menukar
                            perkhidmatan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain
                            untuk skim perkhidmatan yang sama.

                    6       Menjalankan Kawalan Tatatertib
                            Sebagai  Lembaga  Rayuan  Tatatertib  Perkhidmatan  Awam
                            sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan
                            Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.








                                                                                                             16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22