Page 16 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2020
P. 16

FUNGSI DAN PERANAN




                    Fungsi SPA di bawah Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan dan Perkara
                       8(1) Enakmen SPA Negeri 1959 adalah meliputi perkara- perkara berikut:




     MELANTIK

     Mengurus pelantikan anggota Perkhidmatan
     Awam secara tetap, sementara, kontrak, dan
     pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan
     perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam
     mengikut syarat-syarat pelantikan.






                                                     MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN

                                                     Mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam
                                                     perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan,
                                                     mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau
                                                     menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan
                                                     disahkan dalam jawatan.






    KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN

    Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada
    anggota perkhidmatan yang telah disahkan dalam
    perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam
    perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira
    sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak
    kurang daripada 3 tahun.

                                                            15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21