Page 5 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2023
P. 5

YBHG. DATO’ MOHAMAD BIN HAJI CHE NAI
                                      DSDK., SDK., AMK., BCK.

                                            PENGERUSI SPA KEDAH






             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
             Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, Laporan
             Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Kedah bagi tahun 2023 dapat
             disempurnakan.

             Tahun  2023  menyaksikan  pelbagai  cabaran  dan  transformasi  dalam  perkhidmatan
             awam, khususnya dalam aspek pemilihan dan pengambilan anggota perkhidmatan awam
             yang berwibawa. Penekanan diberikan kepada kualiti sumber manusia yang bukan sahaja
             berkemahiran teknikal, tetapi juga mempunyai kecerdasan emosi, etika kerja yang tinggi
             dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan pelbagai tugas.

             Selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian
             perkhidmatan  awam,  SPA  Kedah  terus  komited  menjalankan  tanggungjawab  dengan
             telus, cekap dan berintegriti. Kami turut memperkukuhkan sistem pemilihan berasaskan
             merit, serta memperluas penggunaan teknologi bagi memastikan proses penilaian dan
             temu duga menjadi lebih berkesan dan mesra rakyat.

             Saya  ingin  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  semua  anggota
             Suruhanjaya,  pegawai  serta  kakitangan  sekretariat  atas  dedikasi  dan  komitmen  yang
             berterusan  sepanjang  tahun.  Tidak  dilupakan  juga  kepada  semua  pemohon  yang  telah
             menunjukkan  semangat  dan  kesungguhan  untuk  menyumbang  kepada  perkhidmatan
             awam negeri Kedah.
             Akhir  kata,  marilah  kita  terus  berganding  bahu  dalam  memartabatkan  mutu
             perkhidmatan awam demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
             Sekian, terima kasih.

                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10