Page 5 - Buku_Laporan_Tahunan_SPA_Kedah_Tahun_2022
P. 5
LAPORAN TAHUNAN
2022
|PERUTUSAN PENGERUSI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-
Nya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah berjaya melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2022 dengan lancar
dan berterusan.
Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya terus menumpukan perhatian terhadap
penambahbaikan proses pemilihan dan pengambilan pegawai awam di
Negeri Kedah. Keutamaan diberikan kepada ketelusan, kecekapan dan
keadilan dalam setiap urusan, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri
untuk memperkukuh tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan
awam.
Dalam mendepani perubahan landskap pekerjaan dan cabaran semasa,
Suruhanjaya turut mengambil kira keperluan semasa organisasi dengan
menilai bukan sahaja kelayakan akademik, tetapi juga keupayaan
kepimpinan, etika kerja dan kematangan emosi calon. Keseimbangan ini
penting bagi memastikan penjawat awam yang dilantik mampu
menjalankan tugas secara profesional dan berkesan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada semua agensi
kerajaan negeri dan persekutuan yang telah memberikan sokongan, nasihat dan kerjasama
sepanjang tahun ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga Suruhanjaya atas dedikasi dan
komitmen yang berterusan.
Suruhanjaya akan terus komited dalam memastikan kelangsungan sistem perkhidmatan awam yang
berdaya tahan, cekap dan memenuhi harapan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
Sekian, terima kasih.
YBHG. DATO’ MOHAMAD BIN CHE NAI
DSDK., SDK., AMK., BCK.
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman
4

