Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

      1. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan SPM; atau

      2. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

    2. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

      (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

  2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

      1. mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan

      2. kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

    2. Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk melalui Laman Web EZSkim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.

    3. Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 dan Laman Web EZSkim)

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

4. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
Pegawai Bomba
Gred KB19
Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
Pembantu Pertahanan Awam
Gred KP19
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya 
Pembantu Keselamatan
Gred KP19
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
Pembantu Penguat Kuasa
Gred KP19
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya

(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

5. Gred Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

6. Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat SPM/SVM yang ditawarkan melalui Sistem Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (eSPA) sekiranya terdapat iklan jawatan kosong:
 

BIL NAMA JAWATAN
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
3. Pembantu Veterinar Gred G19
4. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
6. Pengawas Hutan Gred G19
7. Pembantu Akauntan Gred W19
8. Pembantu Keselamatan Gred KP19
9. Pembantu Laut Gred A19
10. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
11. Pembantu Perikanan Gred G19
12. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
13. Juruaudio Visual Gred N19
14. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
15. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
16. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
17. Pembantu Pustakawan Gred S19
18. Pembantu Syariah Gred LS19
19. Jurubahasa Gred LA19
20. Juruteknik Komputer Gred FT19
21. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
22. Pembantu Penerbitan Gred N19
23. Pembantu Kemahiran Gred H19