Soalan Lazim

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 04-702 7000 untuk bantuan atau emel kami di espa@kedah.gov.my

Bagaimana caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Kedah?
Permohonan jawatan adalah melalui atas talian iaitu Sistem Permohonan Jawatan Kosong (eSPA) – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di alamat :- https://espa.kedah.gov.my


Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?
Penempatan adalah di dalam Negeri Kedah sahaja.


Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah dibuka sepanjang masa?
Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Oleh yang demikian, SPA Negeri Kedah akan mengiklankan kekosongan jawatan pada bila-bila masa di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah, laman Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (https://www.facebook.com/kedah.gov.my/) dan juga Twitter Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (@kedahgov) dari semasa ke semasa.

 
Font Resize
Contrast