Maklumat Jawatan

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Maklumat Jawatan

PEGAWAI TADBIR NEGERI N41 (KONTRAK)

No Fail: SPA(K) SULIT 002 Bhg 14
Kumpulan: Pengurusan & Professional


GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 2,080.00 RM 9,546.00 RM 225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a)warganegara Malaysia;
 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(c)
(i)
ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
 
(ii)
ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, mengenalpasti dan menyelaras urusan-urusan pentadbiran am, tanah, kewangan, pembangunan daerah/negeri serta pengurusan dan pembangunan sumber manusia di pelbagai jabatan negeri

PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29 (TETAP)

No Fail: SPA(K) SULIT 028 Bhg 8
Kumpulan: Pelaksana

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1,493.00 RM 5,672.00 RM 145.00


SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. 

i. Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau

ii. diploma dalam bidang ukur tanah, perancang bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang  diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

 

· SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

· DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.


PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 (TETAP)
No Fail: SPA(K) SULIT 079 Bhg 7
Kumpulan: Pelaksana

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1,353.00 RM 4,005.00 RM 100.00


SYARAT LANTIKAN :
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a)warganegara Malaysia;
 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(c)
  
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iv)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80) ; atau

(v)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
DESKRIPSI TUGAS :
 
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan, mengurus, menyenggara, memantau semua jenis panjar, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

 
Font Resize
Contrast