Kelayakan – STPM

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

STPM

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).



Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :


Paper Grades Subject Grades Paper Grades Subject Grades NGMP
1 A A A 4.00
2 A A- A- 3.67
3 B B+ B+ 3.33
4 C B B 3.00
5 D B- B- 2.67
D C+ C+ 2.33
6 E C C 2.00
7 R C- C- 1.67
8 R D+ D+ 1.33
R D D 1.00
9 F F F 0.00


Bagi gred mata pelajaran,

1)gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;


2)gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan


3)gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.



Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.


Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

Bilangan Pelawat : 138
 
Font Resize
Contrast