Kelayakan – SRP/PMR/PT3

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

SRP/PMR/PT3

Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk PT3/PMR/SRP perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:



Penilaian Menengah Rendah (PMR)
(dilaksanakan mulai 1993)

Calon yang memiliki keputusan PMR seperti berikut adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PMR/SRP iaitu:


Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan


Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.




Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
(dilaksanakan mulai 2014)

Calon yang memiliki kelayakan PT3 seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR iaitu:


Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;dan


Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

Bilangan Pelawat : 166
 
Font Resize
Contrast