Kata-Kata Aluan Setiausaha

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum 
Warahmatullahiwabarakatuh
&
Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan “Selamat Datang” ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sekalung tahniah kepada Urusetia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yang menjayakan penerbitan portal rasmi Suruhanjaya dan penghargaan terima kasih kepada pihak Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah yang banyak memberi khidmat nasihat serta bantuan dalam pembangunan aplikasi ICT di peringkat jabatan negeri.

Buat masa ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) bagi urusan pengambilan secara atas talian yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pada tahun 2020 pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah akan memperkenalkan sistem sendiri iaitu Sistem Permohonan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Kedah kepada pemohon yang ingin mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah berharap dengan pembangunan sistem tersebut dapat membantu pemohon – pemohon yang ingin memohon kekosongan jawatan sektor awam di negeri Kedah kelak dan berharap proses pengambilan akan menjadi lebih pantas dan cekap. Akhir kata, saya berharap portal ini dapat memberi maklumat dan informasi yang efisyen dan terkini kepada semua.

Sekian, terima kasih.

MOHD TARMIZI BIN SAAD

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman

Bilangan Pelawat : 78
 
Font Resize
Contrast