Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan     Peta Laman

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
  2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab membantu dalam tugas-tugas penerbitan, penyuntingan laman web (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), percetakan keperluan pembangunan dan latihan staf.  
     
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM  
  Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).  
     
6. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “Pengajian Tinggi” -> “Profesional/Ikhtisas/SKM/SVM”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim