+60 4-733 3903

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 04-733 3903 untuk bantuan atau emel kami di spa@kedah.gov.my.

 

Bagaimana caranya untuk saya memohon jawatan melalui SPA Negeri Kedah?

Permohonan jawatan adalah melalui sistem eSPA Kedah yang dibuat semasa iklan kekosongan jawatan dibuka.

Jika saya berjaya dalam temuduga, kemanakah saya akan ditempatkan?

Penempatan adalah di dalam Negeri Kedah sahaja.

Adakah iklan kekosongan di Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah dibuka sepanjang masa?

Iklan kekosongan dibuka pada masa-masa tertentu tertakluk kepada keperluan jabatan. Oleh yang demikian, SPA Negeri Kedah akan mengiklankan kekosongan jawatan pada bila-bila masa di akhbar-akhbar tempatan, Portal Rasmi Negeri Kedah, Laman Web Rasmi SPA Kedah  Laman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan juga Twitter SPA Kedah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Font Resize
Contrast