+60 4-733 3903

PERUTUSAN PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman Berkesempatan sekali lagi melaporkan aktiviti-aktiviti dan pencapaian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah Darul Aman di dalam Laporan Tahunan 2016 sepertimana yang telah ditetapkan di dalam perkara 10, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah iaitu ;

The Commision shall make an annual report upon its activities to the Ruler and a copy of this report shall be laid before the Legislative Assembly

Patik mempersembahkan ucapan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman di atas limpah perkenan dan kepercayaan di atas lantikan patik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman bermula pada 15 November 2016. Patik dan Semua Ahli Suruhanjaya sentiasa menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh keadilan dan kesaksamaan

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang sedang pesat membangun. Pelbagai dasar-dasar Kerajaan telah dilaksanakan bagi tujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat. Penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti merupakan salah satu sebab utama kejayaan pelaksanaan segala dasar-dasar Kerajaan. Perkhidmatan awam mestilah menggarap sepenuhnya inovasi dan kreativiti bagi tujuan untuk menigkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pernyampaian perkhidmatan.Jabatan atau agensi Kerajaan mestilah mempunyai sistem pentadbiran yang cekap,berkesan,fleksibel dan responsif kepada perubahan. Ia juga mestilah mencukupi semua dimensi pengurusan dan pentadbiran iaitu perubahan kepada struktur amalan pengurusan , sistem dan prosedur , teknologi serta perubahan sikap dan minda anggota perkhidmatan awam

 

Laporan Tahunan 2016  ini disediakan bagi tujuan membentangkan segala aktiviti-aktiviti dan pencapaian yang telah diperolehi di sepanjang tahun 2016 semua ini tidak dapat dicapai tanpa kerjasama Ahli-ahli Suruhanjaya dan kegigihan usaha pegawai dan anggota-anggota kerja Suruhanjaya sepanjang masa.

Akhir kata, Suruhanjaya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Arif Dato’ Wira Aziah Binti Ali,Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri,Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada Suruhanjaya di dalam melaksanakan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Pengerusi Suruhanjaya, Yang Berbahagia Dato’ Panglima Jaya Dato ‘ Wira Haji Ismail bin Hamid, DGMK.,DSDK.,AMN.,AMK.,BCK.,BPL.,dan mantan Ahli Suruhanjaya,Yang Berbahagia Dato’ Indera Setia Dato’ Wira Mohd Omar bin Haji Mohamed DGMK., DSDK.,JMN.,BCK.,BPL.,PJK.,JP. yang telah berkhidmat dengan penuh komited dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sekian, terima kasih

.

Font Resize
Contrast